~Meowww Status~
Hello. Hello.. Hello... =^3^=

#1 D'Art

Assalamualaikum,

Entri : Isnin, 8 Julai 2013
   Hai semua. Yeay! Kelmarin aku berjaya buat doodle. Mini Doodle. ^^

   Yang paling happy tu.... Doodle yang aku buat tu doodle animate kegemaran aku tau iaitu Ran Mouri. Yup Ran Mouri dalam DC ( Detective Conan ). Hohoho.



No.1



No.2



No.3




No. 4



RUJUKAN


|> Google <|
( Hehehe sumber inspirasi )

   Fuh~ Hahaha inilah hasil mini doodle aku gabungan SAI dengan photoshop. Hehehe. Tak berapa lawa? Takpe... Janji hati aku puas. Akukan budak baru dalam doodle ni. ^^ Kan kan kan?

Sayounara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Rindu Kian Pergi

Assalamualaikum,
Entri : Rabu, 10 Julai 2013

   Dua tahun dulu aku ada bela kucing 11 ekor. Tapi waktu puasa tahun tu aku cuma baru ada enam ekor kucing. Sejujurnya aku sayang sangat dekat kucing-kucing aku walaupun dia orang tu nakal giler!







 Kadang-kadang aku ni pun jahat jugak kat dia orang. Disebabkan aku yang jadi 'tukang bagi makan' kat dia orang, aku selalu larikan makanan dari dia orang. Enam-enam ekor kucing tu mesti kejar aku. Hahaha memang aku tak boleh lupalah.

  Yang paling penting! Waktu bulan puasa, lepas sahur mesti aku kena bersihkan tempat 'pembuangan' dia orang. Tiap tiap pagi! Huhuhu itu yang paling melemaskan. Tapi sekarang... Lepas sahur. Rileks je. Tak pun sapu sampah.

   Waktu petang-petang pulak yang paling tak tahan waktu nak bagi dia orang makan. Kalau bagi makan makanan siap tu takpe jugak. Tapi kucing-kucing aku, petang-petang mesti nak ikan goreng gaul kat nasi. Fuiyoohhhhh. Sabor jelah.

   Tapi sekarang kucing aku seekor pun tak ada. Tak bela langsung. Puasa tahun ni kiranya puasa tahun kedua yang dah tak bersama dengan kucing-kucing aku. Sedih? Awal-awal dulu memang sedih giler.

   Tapi bila dah lama-lama... Sedih tu dah hilang. Rindu pula kian berkurangan. Tapi walaupun rindu dah kurang, aku masih ingat kat dia orang. Sebab perasaaan boleh berubah tapi memori masih kekal.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪

Welkem?

Assalamualaikum,

   Pertama sekali aku nak ucapkan salam Maulidur Rasul 1435 H kepada semua umat Islam.

   Fuh janggal giler rasanya bila dah lama tak menaip. Tujuan entri aku kali ini hanya sebgai entri pembuka tahun 2014. (Selepas 14 hari....) Orang lain mungkin dah berlambak-lambak entri lepas tahun baru. Tapi aku? Baru terkedek-kedek nak buat. Hahaha.

   Err... Ada tak orang yang rindukan aku? Ahak. Atau ada yang tak tau siapa aku ni? Almaklumlah aku ni selalu tukar nama. Hehehe. Biasalah tu. Aku tak jumpa dengan nama yang kena dengan feel aku. Ok jangan percaya.

   Haaa.... Korang nak tau tak kenapa aku selalu tukar nama? Sebab disekeliling aku ada 'makhluk halimunan' yang sentiasa menanti masa untuk mengetahui identiti seseorang untuk disebarkan. Faham? Sebenarnya 'makhluk halimunan' ni orang yang suka gosip.

   Jadi untuk menyelamatkan diri.... Aku perlu menjadi seperti Vermouth ( rujuk DC ). Hahaha. Hari itu pun dah hampir-hampir..... Tapi nasib baik aku dapat selamatkan diri! Hahaha.

   Aku tak faham betul dengan perangai orang kaki gosip. Yang tak sangkanya budak lelaki pun suka gosip! Tak percaya? Tanya aku. Hari-hari gosip. Masa cikgu mengajar... Buat latihan.... Memanjang je gosip. Ceritanya pasal artis, holiday, politik, sains, luar negara.

   Aku bukan nak men'diskriminasi'kan antara lelaki dengan perempuan. Tapi itulah hakikatnya. Sungguh aku tak sangka kalau dilihat dari luarannya. Heisy.

   Btw, tahun ni aku jadi senior. Tingkatan lima. Tahun akhir. SPM. Bye-bye sekolah.

   Urghhhh.... seramnya bila fikir tahun ni tahun akhir sekolah. Aku rasa tak puas lagi aku nak pakai uniform yang sama setiap hari. Tudung putih. Kain biru laut. Kasut putih. Tapi semua itu akan menjadi kenangan untuk aku pada suatu hari nanti. Akan. Dan. Pasti.

   Kalau boleh aku nak ada benda special yang akan terjadi tahun ni pada aku. Sebagai kenangan tahun akhir. Heh.

   Semoga aku... dan korang yang bersekolah tahun akhir aka tingkatan lima.... Meninggalkan sekolah pada akhir tahun ini dengan dada yang lapang. Bukannya kekesalan. Jangan ingat lama sangat akhir tahun. Lagipun SPM sedang menanti kita.

Sayonara,


Satu. Dua. Tiga. Meowww~ ♪